Wednesday, April 27, 2011

HuKum Membeli emas dengan wang kertas secara bertangguh (fiat)- Ust Rafidi

Hukum membeli emas dengan duit kertas secara jualbeli salam (order) adalah harus kerana hadis tersebut hanya menyebut emas , perak dan makanan dengan tempoh simpanan sahaja sebagai barang ribawi. Emas dan Perak apabila ditukar atau berjualb...eli antara keduanya jadi riba jika bertangguh sebab satu illah (sebab) tapi boleh berlebih kurang.

Syarat kesepuluh dalam jualbeli salam ( Kitab Sairus Salikin) JANGAN ADA SESUATU YANG DIBELI DENGAN AQAD SALAM ITU MAKANAN JIKA HARGANYA MAKANAN, SAMADA IA DARI JENISNYA ATAU DARIPADA LAIN JENISNYA KERANA AQAD SALAM ITU BERTANGGUH (JADI RIBA TANGGUH). DEMIKIAN JUGA JANGAN ADA SESUATU DALAM AQAD SALAM ITU EMAS DENGAN PERAK. JIKA HARTA YANG DIJADIKAN HARGANYA ITU EMAS DAN PERAK KERANA DEMIKIAN ITU JADI RIBA SEBAB BERTANGGUH.

Jelas yang disebut harta dan harga disini yang tidak dibolehkan dalam jualbeli salam ialah :1. Emas ditukar dengan Perak atau sebaliknya. 2. Makanan ditukar dengan makanan lain yang satu jenis atau sama jenis.

Yang lain daripada yang disebut diatas boleh. Samada Perak ditukar dengan makanan atau emas dengan makanan. Ada pun duit kertas tidak termasuk barang ribawi kerana ia bukan emas. Kertas ditukar dengan emas harus berlbih kurang dan bertangguh kerana ia bukan satu illat emas atu perak.

Yang menjadi kita keliru sekarang ini kerana ada orang mengangkat level wang kertas sama dengan emas dan perak. Bila levelnya sama maka jualbeli salam jadi riba padahal tak riba. Zakat kertas tak ada dari hukum asalnya , tetapi diadakan kerana levelnya sama dengan emas dan perak. Mudharabah yang asalnya hanya harus dengan emas dan perak sahaja, yang laintak boleh tetapi dibolehkan kerana wang kertas telah diangkat sama level dengan emas dan perak. Mereka ini sebenarnya telah menukar dari harm jadi halal atau halal jadi haram.

Kesimpulan : Harus menukar kertas dengan emas secara tangghu , tiada riba tangguh disitu pada jualbeli salam.

0 comments:

Post a Comment